Monday, July 20, 2009

MY MEMORY

Suatu Petang (Sebelum dan Selepas Merdeka)

Suatu petang yang memilukan
Bumi dilimpahi darah insan
Tangisan dan rintihan memecah kesunyian
Tiada siapa yang mampu melawan
Tiada siapa yang mampu menahan
Tanah Melayu akhirnya menjadi tanah jajahan

Suatu petang yang penuh harapan
Bumi ini..kini milik rakyat tempatan
Tiada lagi tangisan mahupun rintihan
Yang ada cuma impian
Untuk Malaysia menjadi sebuah negara
Yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Hadiah ke-2 Pertandingan mencipta dan mendeklamasikan sajak - 2006

Mereka Pahlawan

Peperangan bukan jawapan
Peperangan juga bukan jalan penyelesaian
Namun, akhirnya peperangan menjadi pilihan
Kerana tidak mahu Tanah Melayu menjadi tanah jajahan

Mereka meneruskan perjuangan
Walaupun nyawa menjadi taruhan
Kepada siapa harus diadukan?
Kepada siapa boleh diluahkan?
Tentang keperitan yang mencengkam perasaan..

Merekalah pahlawan yang gagah berjuang
Tidak sekalipun gentar melawan
Semuanya semata-mata untuk meraih kemenangan
Kemenangan dalam memiliki kebebasan dan kemerdekaan

Kerana mereka pahlawan
Kemerdekaan kini bukan khalayan
Perjuangan merekan bukan bayangan
Tetapi merupakan rentetan sejarah yang tidak harus dilupakan

Hadiah ke-3 Pertandingan mencipta dan mendeklamasikan sajak - 2006

Ira cipta kedua-dua sajak ne masa Form Six. Ira happy gila masa bulan kemerdekaan kat sekolah ira time tu. Ira join 4 pertandingan, empat-empat bahagian ira menang top three. Memang happy and bersyukur sangat-sangatlah masa tu. Pertandingan sajak ne ira hantar dua penyertaan.. Tak sangka pula menang. Padahal, waktu tu..ira join suka-suka ja. Dah menang dua tempat, ira kena buat persembahan masa hari kemuncak sambutan bulan kemerdekaan la pula. Sajak ‘Mereka Pahlawan’, ira minta cousin ira yang wat.. Nervous gila eh ira masa kat atas pentas.. Dah tu, ira dibagi pula tugasan buat pameran sajak-sajak kemerdekaan. Nak dijadikan cerita, pameran tu macam pameran sajak solo ira lah. Sebab, sumer sajak-sajak yang dipamerkan adalah hasil nurkilan and fikiran dari otak ira yang tak seberapa ne... Alhamdulillah, sumer ‘kepala sekolah’ yang turun pameran and baca sajak-sajak ira yang ‘adeh’ tu sumer bagi komen-komen yang positif..

Pertandingan melukis potret tokoh kemerdekaan pula ira dapat tempat ke-3. Bila ira ingat balik la kan..memang lucu gilalah bab lukis melukis gambar tokoh ne. Memang cincai gila ira buat. Bagi ira, lukisan tu hodohla. Entah camna boleh menang.. Hihihi.. Masa tu, yang ambil paper PSV STPM kat sekolah ira cuma 6 orang; termasuk ira. Tension gila ambil PSV time tu tau. Tekanan.. Apa taknya, yang satu subjek dengan ira majority dah ada title ‘pelukis terror’. Sebab dah terror (kunun-kunun)..muka kami-kami jugalah yang sapu hadiah top three pertandingan tu. Tak sangka tul! Best tau! Dah tu, kitaorang sempat buat pameran lukisan kitaorang yang mana merupakan tugasan dari kelab seni lukis sekolah yang kitaorang jadi ahli senior.

Ira ingat lagi..pameran lukisan tu julung-julung kali kitaorang handle sama-sama. Memang penat gilalah urus pameran lukisan tu coz cikgu PSV kitaorang agak cerewet orangnya. Kenangan manis ira waktu tu, biarpun teknik lukisan ira tak sehebat mana..lukisan ira merupakan satu-satunya lukisan yang dapat perhatian lebih daripada ayahanda pengetua sekolah. Ira ingat g apa dia kat, ‘Ne baru tahap pelukis professional. Ada gaya pelukis dari Sarawak’. Happy woo masa tu.. Hehehe.. Kembang badan bila kena puji depan-depan. Ahakz!! Tapi, sebenarnya..cuma beberapa orang ja yang tau lukisan tu milik ira. Sebabnya, ira sign nama kat bawah tiap lukisan ira dengan surname ‘ira syafirah’. Huh, kat skul dulu..tak ramai tau itu nama ira.. Lain pula kat UMS..mostly anggap tu real name ira?? Terbalik pula?! Huhuhu..

Banyak g ni yang ira nak coret tentang cerita form 6 ira..tapi, setakat ini ja la kali ne.. Len kali boleh cerita lagi. =)

No comments:

Post a Comment