Sunday, February 22, 2009

Kenapa gelap??

Kenapa gelap?
Ah, aku tak suka gelap!!
Dadaku rasa sesak
Aku risau
Aku gementar
Aku tak dapat melihat
Terlalu gelap
Aku kaku di satu penjuru
Mengharap ada cahaya menemaniku
Tolonglah sesiapa datang menbantu
Kerana sungguh, aku dan gelap..
Takkan pernah jadi satu!!

> respond kepada kejadian black out 2 hari lepas..


Thursday, February 19, 2009

Semoga apa yang ku cari akan ku jumpa..




Friday, February 13, 2009

Sebagai Peringatan...



Semoga airmataku tak terus tersia..












Aku hanya ingin bahagia walaupun tak punya apa..
Cukuplah sekadar Engkau ada..


Tuesday, February 10, 2009

Perhimpunan Agung PMUMS kali ke-2

Perkara yang Ak rasa patut dan tak patut waktu majlis tu:
• Ak gerak ke DC lebih kurang jam 8.30 malam dari library. Dalam perjalanan, adalah ne Ak bertegur sapa dengan seorang minah IP.. Then dia luahkanlah rasa and cerita dia. Dia cakap camni, dia sebenarnya dalam perjalanan balik IP sebelum menuju ke DC. Dia ada assignment yang perlu disiapkan and kena ulangkaji untuk mid-term. Dah dapat bas pun.. Tapi, bas yang dier naik tu kena tahan oleh orang-orang yang mengaku dorang tu secretariat MPP masa kat bustop DKP. Sekretariat-sekretariat tu cakap, “Arahan dari NC..pelajar tak dibenarkan balik.Semua wajib ke DC.” Hmm..hebat gak kuasa budak-budak secretariat tu wat gitu ek? Mampu dorang tahan bas tu dari terus gerak. Isunya di sini, kenapa tak persuade orang p DC dengan kata-kata yang tak wat orang tensen? NC wajibkan?? Ok, betullah kunun..tapi, tak ke korang fikir and wat pertimbangan sebentar sal sekarang ne dah ada course yang dah start mid-term, orang ada assignment, or even kasihan sikit kat orang yang ada kelas jam 8 pagi pada keesokan hari sebelum korang dok mention and push those innocent and not interested students untuk p DC?? Kalau Ak len la..Ak memang minat sal benda-benda camni..Tanpa perlu cakap banyak pun AK akan datang dengan rela hati. Tapi, kesian pula dengan students yang sama kes dengan minah IP yang sorang tu kan? Datang kerana terpaksa..
• Bagusnya, sambil menunggu sidang ke-2 majlis tu berlangsung..para pelajar diberi makan mi dalam tapau. Air mineral yang diagihkan pula adalah air mineral keluaran UMS. Baguslah. Guna barang sendiri secara tidak langsung boleh bantu pihak pentadbiran menggurangkan kos beli barang keluaran luar untuk kegunaan sesuatu program ataupun majlis. Tapi, yang tak bagusnya..makanan diagihkan dalam DC. Minuman kira ok g. Suhu sejuk kan dalam DC tu..minum air boleh maintain suhu badan dari dalam (entah betul tau tidak anggapan Ak ne =P). Bagi makanan dalam DC samalah secara tidak langsung promote para pelajar tuk makan dalam DC. Tapi, dalam DC tu boleh makan ka? Setau Ak..bawa makanan masuk pun tak bole..apatah lagi tuk makan beramai-ramai kat dalam tu. Apasallah barisan pemimpin tu tak ada satu orang pun yang pantau isu ne? Ye la, korang memang ada arahkan ajk-ajk korang tuk pungut sampah@sisa yang ditinggalkan oleh para pelajar..tapi, confirm ke tak ada sisa or sampah yang terlepas pandang dari dibersihkan? Sebelah menyebelah tempat Ak duduk banyak je sampah yang para pelajar tinggalkan.. Patut dari awal lagi, pihak penganjur dah fikir pro and con hal bagi makanan kat pelajar dalam DC ne… Betul tak??
Gap sesi pertama dan kedua majlis tu lama sangatlah.. Persidangan ke-2 start jam11:08 malam. Waktu tu, dah banyak dah suara-suara sumbang mengutuk penganjuran majlis tersebut yang ternyata tak alert tentang masa. Dah kesannya, separuh ahli dewan dah berangkat pulang sebelum barisan kepimpinnan kembali semula bersidang di dalam dewan. Ye la..logik gak dorang taknak tunggu. Tak tau apa ke bendanya yang makan masa lama sangat untuk ahli PMUMS tu sambung semula perjalanan majlis yang tertunda. Padahal, orang dah nak beku dah tunggu dorang kat dalam ‘ice box besar’ tu. Huhuhu..
• Humblenya presiden. Dia mulakan kata dengan minta maaf kat para pelajar yang sanggup tunggu walaupun waktu tu dia sendiri maklum - dah lewat gila! Tapi, ada pula pelajar yang wat statement tak ada yang minta maaf sal tu?? Pres bagi ucapan selama 13.50 minit. Banyak juga benda yang dia cakap.. Then beralih kepada sesi soal jawab yang terbagi kepada 2 sesi. Tapi, 2 sesi tu tak sampai pun 30 minit. Bagi soalan banyak-banyak pun tak dijawab semuanya. So, apa faedahnya tuk orang ajukan soalan? Kalau dihitung, banyak lagi soalan yang tak dijawab dan terus dibiar jadi tanda berbanding soalan yang dijawab. Menurut pres, soalan-soalan yang tak dijawab akan dijawab dalam blog. Efektif ke cara jawab soalan sebegitu? Tak ramai yang aktif berblog or baca blog la wahai tuan pres.. Takkan itu pun pres tak tahu?? Kalau nak jawab jer soalan orang kat dalam blog, apa guna sesi ke-2 majlis malam tu? Baik dari awal g bagi je kita orang balik lebih awal….
• Mahasiswa/I ternyata masih kurang peka dengan keadaan sekeliling. Even ‘some orang’ dalam PMUMS tu sendiri ada yang camtu. Tak tahu, kita bertanya.. Kalau tak tanya, apalah yang kita ada akhirnya kan? Soalan-soalan yang diajukan pada malam tu..banyak yang menarik dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh barisan kepimpinan PMUMS 08/09. Kebajikan mahasiswa/I perlu dijaga. Jangan duduk sahaja lalu membiarkan orang diluar sana melabel anda sebagai ‘Pemimpin atas nama’ sahaja.

Akhir kata Ak bagi post 'Majlis Perhimpunan Agung PMUMS 08/09' ne, selamat berjuang kepada barisan kepimpinan. Semoga kepimpinan anda akan ada impaknya yang tersendiri kepada mahasiswa/I serta masyarakat di luar sana. Pa-papun, nasihat Ak..korang peganglah kata-kata korang. Coz, kata-kata korang tu umpama janji. Janji perlu ditepati kalau benar anda pemimpin sejati..

Monday, February 9, 2009

Pindaan AUKU. Apa pendapat mahasiswa sebelah sana?? Jom ambil tahu..

Biar AUKU dipinda, siswa tetap terjajah
Hazman Abdullah - jurucakap Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) Aug 9, 08 8:39pm

Pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disambut dengan hati berbelah-bagi dan berhati-hati oleh mahasiswa.Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) memuji langkah berani kabinet membudayakan suasana keintelektualan di universiti melalui pindaan akta tersebut. Mahasiswa sudah lama kekeringan idea daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa hanya memperolehi penerangan sesuatu isu melalui internet atau secara sembunyi-sembunyi menghadiri penerangan pembangkang.Langkah kerajaan ini akan memberikan satu suasana demokrasi kepada para mahasiswa yang diibaratkan sebagai jantung pemikiran bangsa Malaysia akan datang. GMUKM juga melihat pindaan AUKU sebagai satu manifestasi keterbukaan dasar perdana menteri dan juga mengelakkan mahasiswa daripada mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.Juga, dengan adanya kebebasan media, ia akan membentuk mahasiswa sebagai golongan tidak berkepentingan atau kumpulan bebas dan bukannya menjadi jurucakap kepada parti politik tertentu. Segala isu terkini dan semasa akan dihadam dan dikaji oleh mahasiswa tanpa halangan atau ketakutan untuk membicarakannya.Oleh yang demikian, mahasiswa perlu menggunakan ruang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan hari ini dengan bijaksana dan profesional. Janganlah hanya pemimpin kerajaan sahaja dijemput ke program di kampus sedangkan pemimpin pembangkang dipinggirkan - dan sewajarnya begitulah juga sebaliknya, jangan hanya pemimpin pembangkang diundang.GMUKM melihat pindaan akta itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif serta menyiapkan diri mahasiswa untuk memimpin negara kelak. Benarlah bahawa jiwa muda mahasiswa akan memberontak sekiranya mahasiswa ditekan dan dihalang hak asasinya oleh mana-mana pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia. Justeru, pindaan ini boleh memberikan nafas baru kepada semua IPTA dalam merealisasikan matlamat menaikkan pemeringkatan universiti masing-masing di mata dunia.Di samping itu, pengumuman menteri berkenaan bahawa melalui pindaan itu, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di tribunal universiti.Jika dahulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti, kata Mohamed Khaled.Tetapi, mahasiswa sebenarnya tertakluk juga pada undang-undang negara. Jika mahasiswa didapati melakukan rasuah dan penyelewengan, maka Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan terpakai kepada mereka.GMUKM juga menyambut baik pindaan AUKU yang membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin, termasuk digantung oleh pihak universiti, mengambil peperiksaan. Jelas bahawa Seksyen 15 (D)(1) akta yang kini akan secara automatik tidak terpakai. Sebelum pindaan, seseorang mahasiswa yang dituduh atas satu kesalahan akan digantung daripada menjadi mahasiswa sehinggalah keputusan prosiding jenayah itu diselesaikan. Maknanya jika tujuh tahun masih lagi tidak diselesaikan kesnya, maka pelajar tersebut akan terus menganggur dan hilang status kemahasiswaan. Hal inilah yang berlaku kepada tujuh pelajar yang diseret ke mahkamah selepas membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira tujuh tahun lalu.Bagaimanapun pindaan akta masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik. Ia mungkin untuk menjadikan mahasiswa bersifat non-partisan tetapi bagi GMUKM, mahasiswa wajar juga didedahkan dengan organisasi politik. Maknanya, mahasiswa wajar diberikan hak berpolitik sepenuhnya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.Pindaan itu nanti bagaimanapun menyediakan satu alternatif - mahasiswa dibenarkan menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik. Aktivis mahasiswa sedang ternanti-nantikan perbahasan di Dewan Rakyat bukan ini agar suasana demokrasi - walaupun tidak sepenuhnya - dapat dihirup di IPTA.GMUKM berkeyakinan penuh bahawa pindaan AUKU ini akan tetap disokong oleh 222 ahli parlimen kita termasuklah Pakatan Rakyat walaupun ada peruntukan AUKU yang masih mendiskriminasi mahasiswa. Jelas, mahasiswa masih terjajah dengan pindaan AUKU ini dan ia dilakukan secara kosmetik dalam suasana kerajaan BN sudah tidak diterima umum terutamanya oleh mahasiswa. (Dipetik daripada www.malaysiakini.com)

Terdapat banyak pendapat dan juga cadangan yang AK baca berkaitan isu pindaan Auku. Tapi, setakat ne..ulasan saudara Hazmanlah yang paling menarik hati AK. AK menyambut baik pendapat saudara Hazman tentang pindaan AUKU yang berlaku baru-baru ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masih banyak lagi akta di dalam AUKU itu sendiri yang membataskan pergerakan dan juga aktiviti mahasiswa/i. Namun, bagi AK..keterbatasan ini perlu untuk memastikan keharmonian dan juga kesejahteraan negara tidak tergugat dengan isu-isu yang lebih baru. Well, setakat ne pun..negara dah cukup bergolak dengan isu-isu panas..ye tak? Kalau lebih banyak kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada golongan mahasiswa untuk melontarkan pendapat dan buah fikiran..mungkin, lebih banyak isu yang perlu ditangani dan diberi perhatian serius. Revolusi serta evolusi itu seharusnya berlaku secara berperingkat.. Yang penting, kesabaran dan ketekadan golongan mahasiswa/i perlu kuat dalam usaha untuk memastikan suara mahasiswa/i didengari. =)



Monday, February 2, 2009

Tak terluah..

Kadang-kadang, rindu itu datang.. Bila rindu tu datang, mula la sesak fikiran AK. Adeh, apasal lah cerita cinta tu tak pernah sudah ek? Pening-pening.. Tapi, biarlah semua tu. AK malas nak ungkit-ungkit g cerita cinta yang tak sudah tu.. AK redha dah. Allah akan tunjukkan jalan. Lagipun, AK ok. Masa sedikit sebanyak..bantu AK untuk ubat luka di ati ne. Daripada fikir tentang diri AK..baik AK fikir sal orang len yang lebih perlukan perhatian kan? Dengan kasih sayang yang masih terbaki ne..AK nak cuba bahagiakan semua orang yang sayangkan AK. I don't take things for granted..but, i juz wish that dengan membahagiakan orang lain..AK dapat bahagiakan diri AK sendiri. Untuk teman, keluarga dan dia yang menyayangi..thankz for being there for me =)

Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Korus)
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Ulang korus)

** Bantu aku membencimu.. Ku terlalu mencintaimu.. Dirimu begitu.bererti untukku..

Bila Rasa Ini Rasamu (Kerispatih)

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Reff:
Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga

Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Back to Reff:

Aku memang terlanjur mencintaimu