Sunday, January 18, 2009

Entah apa..

Kau suka buat orang susah
Pendapat orang selalu kau tolak mentah-mentah
Kau kutuk aku, aku tak kisah
Kernaku tahu..memang hobimu untuk memfitnah

Bila berbicara kau seakan petah
Lalu buat orang mudah ikut kau punya perintah
Namun aku tak betah untuk tunduk menyerah
Lantasku bangkit untuk membuatkan kau patah

Sepi Suatu Pagi..

Sepinya suasana pagi
Hingga mampu buatku rasa sendiri
Aku mahu lari, aku mahu pergi
Namun langkahku mati
Saat ku teringat akan setiap hati
Yang perluku jaga rapi

Aku tak ingin mengingati
Namun memori sedih itu datang kembali
Sesungguhnya aku tak berniat untuk menyakiti
Mampukah sepi pagi membuat mereka mengerti?

Umpama pungguk rindukan bulan
Hati ini buntukan teman
Mengapa sepi pagiku terasa muram?
Ku pinta janganlah sepi ini berterusan

19 Jan 09' (02:48 am)

Hmm..masa tulis benda ne..AK memanglah ada fikir sal soal hati dan perasaan. Tapi, bagi AK la kan..coretan ne is more menyatakan tentang AK punya result sem lepas.. Huhuhu

Wednesday, January 14, 2009

Kegagahan Seorang Wanita

Kegagahan seorang wanita terletak pada kekuatan perasaannya..



Seorang wanita itu gagah apabila :

  • dia tabah menghadapi sebuah kehilangan..
  • dia tidak takut pada kemiskinan..
  • dia tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • dan apabila dia tidak meminta-minta agar permintaannya dipenuhi..

**sumber: Risalah Nur Eman Edisi 3.

Sememangnya sukar untuk dicari wanita yang memiliki 4 ciri di atas itu pada masa kini. Even me myself..tak memiliki kesemua ciri tersebut. Diri ne tak sesempurna mana. Namun, aku sentiasa bermuasabah tentang kekurangan diriku untuk aku mengingatkan diriku bahawa aku cuma wanita biasa.. Semoga waktu yang berlalu mampu mendewasakanku lalu aku mampu menjadi seorang wanita yang tabah.. InsyaAllah..!!

Sunday, January 11, 2009

Pendaftaran SMP bermasalah??

Hmm..minggu ne dah masuk minggu ketiga bagi semester ke 2 sesi 08/09.. Sungguh mengecewakan bagi para pelajar Universiti Malaysia Sabah apabila pendaftaran kursus serta perjalanan untuk sesi add-drop tidak berjalan selancar yang diharapkan sedangkan segala urusan gugur dan tambah mana-mana subjek pada semester ini akan berakhir pada penghujung minggu ini. Bagaimana hal ini boleh berlaku sedangkan pihak berkaitan sepatutnya terlebih dahulu telah menyediakan langkah pencegahan untuk menghindari perkara ini daripada berlaku? Kini, para pelajar pula yang dibebani masalah.. Subjek-subjek wajib pun tak dapat daftar.. Cam mana tu ek? Dengan pihak yang mengaku konon-konon ‘wakil pelajar’ pun ntah sejauh mana peranan yang dah mereka mainkan.. Adeh, hal ne mungkin nampak kecik bagi sesetengah pihak yang ‘tak terkait’..tapi, untuk those student yang berhadapan dengan masalah pendaftaran melalui smp tu camna pula? Orang menulis ne bukanlah menulis ikut sedap hati je. Orang ne sendiri berdepan dengan prob and masalah pendaftaran smp tu tau.. Ble berpeluh satu badan nak kena berkejar sana-sini tuk cari solution. Tapi, at the end..dah berpeluh pun,pendaftaran guna smp ne masih juga bermasalah dan membawa masalah.. Masih ada g subjek wajib program yang orang tak dapat daftar. Aduh, kat sepa boleh orang mengadu nasib ne? Bila pendaftaran subjek and sesi add-drop bermasalah..silap hari bulan,future diri sendiri yang jadi gelap. Sape nak jawab bila keluhan dan kesusahan para pelajar tak diberi perhatian sewajarnya? Senanglah bagi sesetengah pihak untuk memberi nasihat untuk bersabar.. Namun, dalam realitinya..sejauh manakah kesabaran para pelajar boleh menangani masalah and isu ini??


**sekiranya anak kangkung terlancang bicara, maafkanlah ek? Anak kangkung kan..ilmu masih kurang.. =P