Sunday, January 11, 2009

Pendaftaran SMP bermasalah??

Hmm..minggu ne dah masuk minggu ketiga bagi semester ke 2 sesi 08/09.. Sungguh mengecewakan bagi para pelajar Universiti Malaysia Sabah apabila pendaftaran kursus serta perjalanan untuk sesi add-drop tidak berjalan selancar yang diharapkan sedangkan segala urusan gugur dan tambah mana-mana subjek pada semester ini akan berakhir pada penghujung minggu ini. Bagaimana hal ini boleh berlaku sedangkan pihak berkaitan sepatutnya terlebih dahulu telah menyediakan langkah pencegahan untuk menghindari perkara ini daripada berlaku? Kini, para pelajar pula yang dibebani masalah.. Subjek-subjek wajib pun tak dapat daftar.. Cam mana tu ek? Dengan pihak yang mengaku konon-konon ‘wakil pelajar’ pun ntah sejauh mana peranan yang dah mereka mainkan.. Adeh, hal ne mungkin nampak kecik bagi sesetengah pihak yang ‘tak terkait’..tapi, untuk those student yang berhadapan dengan masalah pendaftaran melalui smp tu camna pula? Orang menulis ne bukanlah menulis ikut sedap hati je. Orang ne sendiri berdepan dengan prob and masalah pendaftaran smp tu tau.. Ble berpeluh satu badan nak kena berkejar sana-sini tuk cari solution. Tapi, at the end..dah berpeluh pun,pendaftaran guna smp ne masih juga bermasalah dan membawa masalah.. Masih ada g subjek wajib program yang orang tak dapat daftar. Aduh, kat sepa boleh orang mengadu nasib ne? Bila pendaftaran subjek and sesi add-drop bermasalah..silap hari bulan,future diri sendiri yang jadi gelap. Sape nak jawab bila keluhan dan kesusahan para pelajar tak diberi perhatian sewajarnya? Senanglah bagi sesetengah pihak untuk memberi nasihat untuk bersabar.. Namun, dalam realitinya..sejauh manakah kesabaran para pelajar boleh menangani masalah and isu ini??


**sekiranya anak kangkung terlancang bicara, maafkanlah ek? Anak kangkung kan..ilmu masih kurang.. =P

No comments:

Post a Comment