Tuesday, February 10, 2009

Perhimpunan Agung PMUMS kali ke-2

Perkara yang Ak rasa patut dan tak patut waktu majlis tu:
• Ak gerak ke DC lebih kurang jam 8.30 malam dari library. Dalam perjalanan, adalah ne Ak bertegur sapa dengan seorang minah IP.. Then dia luahkanlah rasa and cerita dia. Dia cakap camni, dia sebenarnya dalam perjalanan balik IP sebelum menuju ke DC. Dia ada assignment yang perlu disiapkan and kena ulangkaji untuk mid-term. Dah dapat bas pun.. Tapi, bas yang dier naik tu kena tahan oleh orang-orang yang mengaku dorang tu secretariat MPP masa kat bustop DKP. Sekretariat-sekretariat tu cakap, “Arahan dari NC..pelajar tak dibenarkan balik.Semua wajib ke DC.” Hmm..hebat gak kuasa budak-budak secretariat tu wat gitu ek? Mampu dorang tahan bas tu dari terus gerak. Isunya di sini, kenapa tak persuade orang p DC dengan kata-kata yang tak wat orang tensen? NC wajibkan?? Ok, betullah kunun..tapi, tak ke korang fikir and wat pertimbangan sebentar sal sekarang ne dah ada course yang dah start mid-term, orang ada assignment, or even kasihan sikit kat orang yang ada kelas jam 8 pagi pada keesokan hari sebelum korang dok mention and push those innocent and not interested students untuk p DC?? Kalau Ak len la..Ak memang minat sal benda-benda camni..Tanpa perlu cakap banyak pun AK akan datang dengan rela hati. Tapi, kesian pula dengan students yang sama kes dengan minah IP yang sorang tu kan? Datang kerana terpaksa..
• Bagusnya, sambil menunggu sidang ke-2 majlis tu berlangsung..para pelajar diberi makan mi dalam tapau. Air mineral yang diagihkan pula adalah air mineral keluaran UMS. Baguslah. Guna barang sendiri secara tidak langsung boleh bantu pihak pentadbiran menggurangkan kos beli barang keluaran luar untuk kegunaan sesuatu program ataupun majlis. Tapi, yang tak bagusnya..makanan diagihkan dalam DC. Minuman kira ok g. Suhu sejuk kan dalam DC tu..minum air boleh maintain suhu badan dari dalam (entah betul tau tidak anggapan Ak ne =P). Bagi makanan dalam DC samalah secara tidak langsung promote para pelajar tuk makan dalam DC. Tapi, dalam DC tu boleh makan ka? Setau Ak..bawa makanan masuk pun tak bole..apatah lagi tuk makan beramai-ramai kat dalam tu. Apasallah barisan pemimpin tu tak ada satu orang pun yang pantau isu ne? Ye la, korang memang ada arahkan ajk-ajk korang tuk pungut sampah@sisa yang ditinggalkan oleh para pelajar..tapi, confirm ke tak ada sisa or sampah yang terlepas pandang dari dibersihkan? Sebelah menyebelah tempat Ak duduk banyak je sampah yang para pelajar tinggalkan.. Patut dari awal lagi, pihak penganjur dah fikir pro and con hal bagi makanan kat pelajar dalam DC ne… Betul tak??
Gap sesi pertama dan kedua majlis tu lama sangatlah.. Persidangan ke-2 start jam11:08 malam. Waktu tu, dah banyak dah suara-suara sumbang mengutuk penganjuran majlis tersebut yang ternyata tak alert tentang masa. Dah kesannya, separuh ahli dewan dah berangkat pulang sebelum barisan kepimpinnan kembali semula bersidang di dalam dewan. Ye la..logik gak dorang taknak tunggu. Tak tau apa ke bendanya yang makan masa lama sangat untuk ahli PMUMS tu sambung semula perjalanan majlis yang tertunda. Padahal, orang dah nak beku dah tunggu dorang kat dalam ‘ice box besar’ tu. Huhuhu..
• Humblenya presiden. Dia mulakan kata dengan minta maaf kat para pelajar yang sanggup tunggu walaupun waktu tu dia sendiri maklum - dah lewat gila! Tapi, ada pula pelajar yang wat statement tak ada yang minta maaf sal tu?? Pres bagi ucapan selama 13.50 minit. Banyak juga benda yang dia cakap.. Then beralih kepada sesi soal jawab yang terbagi kepada 2 sesi. Tapi, 2 sesi tu tak sampai pun 30 minit. Bagi soalan banyak-banyak pun tak dijawab semuanya. So, apa faedahnya tuk orang ajukan soalan? Kalau dihitung, banyak lagi soalan yang tak dijawab dan terus dibiar jadi tanda berbanding soalan yang dijawab. Menurut pres, soalan-soalan yang tak dijawab akan dijawab dalam blog. Efektif ke cara jawab soalan sebegitu? Tak ramai yang aktif berblog or baca blog la wahai tuan pres.. Takkan itu pun pres tak tahu?? Kalau nak jawab jer soalan orang kat dalam blog, apa guna sesi ke-2 majlis malam tu? Baik dari awal g bagi je kita orang balik lebih awal….
• Mahasiswa/I ternyata masih kurang peka dengan keadaan sekeliling. Even ‘some orang’ dalam PMUMS tu sendiri ada yang camtu. Tak tahu, kita bertanya.. Kalau tak tanya, apalah yang kita ada akhirnya kan? Soalan-soalan yang diajukan pada malam tu..banyak yang menarik dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh barisan kepimpinan PMUMS 08/09. Kebajikan mahasiswa/I perlu dijaga. Jangan duduk sahaja lalu membiarkan orang diluar sana melabel anda sebagai ‘Pemimpin atas nama’ sahaja.

Akhir kata Ak bagi post 'Majlis Perhimpunan Agung PMUMS 08/09' ne, selamat berjuang kepada barisan kepimpinan. Semoga kepimpinan anda akan ada impaknya yang tersendiri kepada mahasiswa/I serta masyarakat di luar sana. Pa-papun, nasihat Ak..korang peganglah kata-kata korang. Coz, kata-kata korang tu umpama janji. Janji perlu ditepati kalau benar anda pemimpin sejati..

1 comment:

  1. Mm..agak best juga lepas baca post ko ni ra.. mcm nk tgk ja keadaan mlm tu.. tp aku tak p, duk rumah wat keja apa yg patut.. xpa2ka? kan wajib tu..atas arahan NC.. biar betul?? mcm ko kata.. mmg ada jg segelintir yg dtg kerana terpaksa.. mengikuti mjlis phimpunan agung tanpa rela.. Mm.. lps tu kbykn soalan akan dijwb di dlm blog.. tak ka rmai yg rs xptut.. apapn pdekatan yg bakal dorg ambil.. harap2 dpt bg s1 pd smua.. bukan yg buruk..tapi yang terbaik.. BERTEKAD CEMERLANG!!

    ReplyDelete