Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, March 13, 2009

Mengenali Wanita

• Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..

• Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

• Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

• Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

• Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

• Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

• Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

• Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

• Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

• Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

• Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakan oleh seorang wanita. Kalau nak kepastian,tanya dia sendiri!!

• Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

• Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.Samalah dengan senyuman..

• Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.Em..cemburu kot?Tak pun sebab mereka tak suka dengan perasaan ‘dipergunakan’..

• Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi..Tapi,mencintai seseorang tak perlu ada sebab.

• Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

• Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

• Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

• Sebenarnya amat mudah mengambil hati wanita, kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. =)

(Dipetik dan diedit dari: ayatcinta.wordpress.com)

Thursday, March 5, 2009

Kalau Dia Tak Jawab Call

Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan?
  • Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.
  • Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.
  • Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?
  • Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama.
ps: Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.

Sumber: VirtualFriend