Friday, December 18, 2009

Renung-renungkan..

Provokasi lebih dari muhasabah diri? Adeh, insan kerdil kena tahu diri..perlu sedar akan hakikat Illahi. Tak perlu tunjuk diri sana sini kalau cuma untuk raih publisiti. Biar rendah diri asalkan rasa hati tak mati. Atau benar hipokritasi sudah menjadi topeng diri??
Dalam berbicara, perlu ada ketulusannya. Mulut bisa berkata namun perlu ada ilmunya. Andai berjanji, kau wajib kotai. Andai betullah kau nak jadi pemimpin sejati..
tak tau la napa nak cakap benda2 ne suma tetiba.. maybe sebab ada yang provoke kot?? hahaha


Sunday, December 13, 2009

Bosan..

Adeh, tengah bosan ne d uma.. Xtau apa nak buat. Huh, xda buat hal yang berfaedah pun sepanjang cuti ne tau.. Tidur ja banyak! haha..



Well, if korang perasan..result tak kuar lagi. Page smp pula langsung tak dapat go tru sebab tengah dalam proses diselenggara sekarang ne.. Berdebar-debar pula perasaan AK menunggu result keluar tau. Harap-harap 'OK' la result AK nanti. Huhuhu..



Korang pun banyak-banyakkanlah berdoa supaya result kita semua setimpal dengan usaha yang kita dah berikan ya? Apa-apapun, still..'HAppy holiday everyone!!' ^_^


Monday, July 20, 2009

MY MEMORY

Suatu Petang (Sebelum dan Selepas Merdeka)

Suatu petang yang memilukan
Bumi dilimpahi darah insan
Tangisan dan rintihan memecah kesunyian
Tiada siapa yang mampu melawan
Tiada siapa yang mampu menahan
Tanah Melayu akhirnya menjadi tanah jajahan

Suatu petang yang penuh harapan
Bumi ini..kini milik rakyat tempatan
Tiada lagi tangisan mahupun rintihan
Yang ada cuma impian
Untuk Malaysia menjadi sebuah negara
Yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Hadiah ke-2 Pertandingan mencipta dan mendeklamasikan sajak - 2006

Mereka Pahlawan

Peperangan bukan jawapan
Peperangan juga bukan jalan penyelesaian
Namun, akhirnya peperangan menjadi pilihan
Kerana tidak mahu Tanah Melayu menjadi tanah jajahan

Mereka meneruskan perjuangan
Walaupun nyawa menjadi taruhan
Kepada siapa harus diadukan?
Kepada siapa boleh diluahkan?
Tentang keperitan yang mencengkam perasaan..

Merekalah pahlawan yang gagah berjuang
Tidak sekalipun gentar melawan
Semuanya semata-mata untuk meraih kemenangan
Kemenangan dalam memiliki kebebasan dan kemerdekaan

Kerana mereka pahlawan
Kemerdekaan kini bukan khalayan
Perjuangan merekan bukan bayangan
Tetapi merupakan rentetan sejarah yang tidak harus dilupakan

Hadiah ke-3 Pertandingan mencipta dan mendeklamasikan sajak - 2006

Ira cipta kedua-dua sajak ne masa Form Six. Ira happy gila masa bulan kemerdekaan kat sekolah ira time tu. Ira join 4 pertandingan, empat-empat bahagian ira menang top three. Memang happy and bersyukur sangat-sangatlah masa tu. Pertandingan sajak ne ira hantar dua penyertaan.. Tak sangka pula menang. Padahal, waktu tu..ira join suka-suka ja. Dah menang dua tempat, ira kena buat persembahan masa hari kemuncak sambutan bulan kemerdekaan la pula. Sajak ‘Mereka Pahlawan’, ira minta cousin ira yang wat.. Nervous gila eh ira masa kat atas pentas.. Dah tu, ira dibagi pula tugasan buat pameran sajak-sajak kemerdekaan. Nak dijadikan cerita, pameran tu macam pameran sajak solo ira lah. Sebab, sumer sajak-sajak yang dipamerkan adalah hasil nurkilan and fikiran dari otak ira yang tak seberapa ne... Alhamdulillah, sumer ‘kepala sekolah’ yang turun pameran and baca sajak-sajak ira yang ‘adeh’ tu sumer bagi komen-komen yang positif..

Pertandingan melukis potret tokoh kemerdekaan pula ira dapat tempat ke-3. Bila ira ingat balik la kan..memang lucu gilalah bab lukis melukis gambar tokoh ne. Memang cincai gila ira buat. Bagi ira, lukisan tu hodohla. Entah camna boleh menang.. Hihihi.. Masa tu, yang ambil paper PSV STPM kat sekolah ira cuma 6 orang; termasuk ira. Tension gila ambil PSV time tu tau. Tekanan.. Apa taknya, yang satu subjek dengan ira majority dah ada title ‘pelukis terror’. Sebab dah terror (kunun-kunun)..muka kami-kami jugalah yang sapu hadiah top three pertandingan tu. Tak sangka tul! Best tau! Dah tu, kitaorang sempat buat pameran lukisan kitaorang yang mana merupakan tugasan dari kelab seni lukis sekolah yang kitaorang jadi ahli senior.

Ira ingat lagi..pameran lukisan tu julung-julung kali kitaorang handle sama-sama. Memang penat gilalah urus pameran lukisan tu coz cikgu PSV kitaorang agak cerewet orangnya. Kenangan manis ira waktu tu, biarpun teknik lukisan ira tak sehebat mana..lukisan ira merupakan satu-satunya lukisan yang dapat perhatian lebih daripada ayahanda pengetua sekolah. Ira ingat g apa dia kat, ‘Ne baru tahap pelukis professional. Ada gaya pelukis dari Sarawak’. Happy woo masa tu.. Hehehe.. Kembang badan bila kena puji depan-depan. Ahakz!! Tapi, sebenarnya..cuma beberapa orang ja yang tau lukisan tu milik ira. Sebabnya, ira sign nama kat bawah tiap lukisan ira dengan surname ‘ira syafirah’. Huh, kat skul dulu..tak ramai tau itu nama ira.. Lain pula kat UMS..mostly anggap tu real name ira?? Terbalik pula?! Huhuhu..

Banyak g ni yang ira nak coret tentang cerita form 6 ira..tapi, setakat ini ja la kali ne.. Len kali boleh cerita lagi. =)

Wednesday, July 15, 2009

Ah..tak sengaja..!!

Pagi tadi bangun lewat.. Dua tiga menjak ne, selalu rasa tak sedap badan..so, bila dapat peluang tidur lebih sikit, peluang tu langsung AK rembat. Masalahnya, AK ada kelas jam10. Kelas Material Development. AK bangun 5 minit sebelum jam9. Bangun ja dari tidur, dengan malasnya..AK trus p mandi. Masalahnya, tadi..AK mandi style 'puteri berendam'. AK cuci rambut.. Seperti biasa, bila AK cuci rambut..waktu mandi AK akan lebih dari 30 minit. Kes terlalu suka manjakan rambut ne.. Gara-gara tu, AK lewat p kelas. Then, AK message la sorang kawan..AK cakap AK datang lambat. Then, dia cakap..'baik ko jangan masuk md.' AK terus confuse bila dia cakap begitu.. Masa tu, AK dah lewat kelas md around 15 minutes. Sebab dah nervous, AK 'terconfuse' dengan apa yang dia cakap.. Then, kaki AK dengan selambernye menuju ke libry instead of p sekolah.
AK teda niat tau nak ponteng.. Betul-betul teda! For the past two weeks..AK perasan yang sikap AK dalam kelas dah banyak berubah. AK dapat and mampu fokus bila lecturer says something kat depan. Saat ne, hati AK tak tenang. AK nak p kelas.. AK tak mau ponteng.. AK rasa bersalah dengan Dr. Lee.. And i feel guilty for myself coz otak tak betul and semangat tak kuat.. Huhuhu.. Tak mo ponteng.. Mo p kelas.. Tapi,secara tak sengaja tak p.. Adui..!!

Friday, May 8, 2009

Lari..

Gila betul la apa yang ira baru wat kejap tadi.. Gila yang memang sah gila! Adui...

Hari ne, ira patut hantar assignment Phonology ira. Wajib hantar sebelum jam 12 tengah hari. Tapi, seperti biasa (untuk orang macam ira)..ira hantar lewat. Taklah lewat sangat, dalam kurang setengah jam lewat gitu. Dahlah ira tak wat seperfect yang mungkin assignment tu..ada hati lagi lah pula ira hantar lewat.. Huhuhu.. Sesungguhnya, ira tak berniat pun.. Masalah penggunaan laptop kat uma ba tu.. Mum and aiman berebut nak guna latop untuk main game. T'aniaya ira kejap gara-gara game..

Nak di jadikan cerita, masa hantar assignment tu..ira trylah wat sesenyap mungkin.. Fikir-fikir..nak hantar men selit jbawah pintu. Masa tu, PJ tu ada dalam bilik dia.. Ingat dah buat sesenyap mungkin, tapi..dia perasan juga la pla. Pastu, dia keluar and panggil nama ira.. "Nik Syahidatul...." Yang bingungnya..ntah napa ira tiba-tiba rasa kecut! Then, ira lari sepantas mungkin; bersembunyi dalam tandas.. Ya Allah, tak pernah dibuat orang betullah keja yang ira wat tadi tu kan? Apasal ira lari ek? Gila..gila!! Punyalah kuat dia jerit nama ira.. Masa ira kat dalam tandas pun, suaranya masih kedengaran.. Apa ke halnya dengan ira n?! Adui..ira takut o.. Habislah ira kena pas ni tau...

HABISLAH IRA!!!(T_T)