Friday, April 24, 2009

Kenapa ba??


Final yang agak kelam-kabut.. Revision tak banyak buat coz agak terganggu oleh asment Prof. Dr. Jason.. Dua asment yang perlu disiapkan before 1st May. Adui..bingung2...

Wednesday, April 15, 2009

Alhamdulillah..

I just finish my Discourse Analysis presentation on 3 pm just now. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat coz Prof. Jason tak marah ira macam yang dia wat sem lepas. I’m really happy with the feedback that he gave me. Even he had several times interrupted my presentation, overall..he didn’t say anything bad or cruel about my presentation.. He does like what I had present coz ira refer semua tu dari artikel dan journal dari famous people from Pragmatic field. Astagfirullah..sesungguhnya,tak mudah nak impress or dengar dia puji apatah lagi suka dengan presentation orang.. Setelah the whole sem he hurted my feelings..today, I’m glad that I have finish my DA presentation dengan result and kepuasan yang agak diluar jangkaan. At least, dah lepas satu perkara..
Sekarang, ira kena prepare pula untuk presentation Phonology on this coming Friday. I do hope that I can once again impress him like what I did today. InsyaAllah, ira akan cuba untuk buat yang terbaik.. Minggu depan, exam final akan start. Huhuhu.. I’m quite worry about the coming final exam because the final exam is just around the corner; less than one week. Within this week, I hope that I able to finish then submit my DA assignment.. Assignment Phonology, tak sentuh lagi ne tau.. Dalam masa yang sangat limited, I have to finish both of Prof. Jason punya asment..and I also have to study for my final paper.. Adui, susahnya nak dapat degree!!

Apa-apapun, I’m really thankful dengan apa yang jadi masa pembentangan tadi. Alhamdulillah!!

Saturday, April 11, 2009

Rumah Darul Bakti

4th April and yesterday (11th April 2009)..ira join program Kolej Kediaman E p Rumah Anak Yatim dan Berkeperluan Darul Bakti, Kota Belud. Tujuan utama kami ke situ adalah utk mengajar budak2 kat situ subjek BI and Math. Sesi pertama masa 4hb ari tu, kitaorang ajar BI. Semalam pula kitaorg ajar Math.. Ira pun anak yatim kan..so,tak susah utk ira fhm apa yg dorg rasa.. Tersentuh hati ira dengan nasib dorg tau..

Ne masa kitaorang mula2 sampai kat situ and then kitaorang bahagi2kan dorang kepada beberapa kumpulan..



Ne pula gambar ira tengah mengajar dorang subjek English (ader ciri-ciri sorang guru tak? =P )

Ne pula gambar-gambar kitaorang masa 'Latihan Dalam Kumpulan'..

Kitaorang tengah main 'Musical Chairs' ne..

Ira and Fawwaz bergambar dengan adik-adik dari kumpulan kitaorang (pelajar Form 1 and Two)

AJK program bergambar bersama-sama dengan warga Darul Bakti..


Banyak kenangan yang ira tak dapat lupakan.. Walaupun baru ja kenal..terasa cam dah ada bond yang kuat antara ira dan murid-murid yang ira ajar kat situ. Dorang boleh dikatakan agak manja dengan ira. Ira tak kisah, ira lagi suka.. Dorang cakap, "Kak,ambil kami kat sini masa cuti sekolah nanti ya kak? Bawa kami jalan-jalan.." InsyaAllah, if masa mengizinkan..ira akan tunaikan hasrat dorang tu.. Dorangkan adik-adik ira.. Takkanlah ira nak biarkan dorang macam tu je kan? Huhuhu..

Majoriti budak-budak kat situ suka main bola sepak tau.. Yang sedihnya, dorang takder kasut bola.. Staff and guru-guru kat situ berharap sangat agar ada pihak yang sudi hulurkan bantuan dan ringankan beban terutama untuk belikan kasut bola untuk budak-budak kat situ.. Ira nak usahakan bantuan tu.. Harap-harap, bila ira buat program untuk bantu warga Darul Bakti ne..banyak pihak yang akan tolong ira. Ira harap sangat.. Kesian budak-budak kat situ.. Taknaklah dorang membesar dengan keadaan serba kekurangan.. At least, biar dorang rasa..masih ada orang yang peduli dan sayangkan mereka..

Monday, April 6, 2009

What is Love?


Sunday, March 22, 2009

Aku..

Dorang cakap, aku tak ikhlas..

Even dalam blog ne..

Aku tak pernah tunjuk siapa aku yang sebenarnya..

Aku jenis orang yang suka pendam apa yang aku rasa.. Semua benda, as long as aku rasa aku boleh tahan and hadam sorang-sorang, aku akan cuba hold sumer tu dalam hati aku sorang. Aku tak nak peningkan kepala orang dengan masalah aku if aku tak kenal hati itu orang secukupnya. Dalam erti kata lain; aku takkan buka mulut kat orang tentang aku punya masalah walau dalam apa situasi pun selagi aku tak trust orang tu sepenuh hatiku or if aku tak dalam keadaan terdesak tuk share masalah yang aku tak mampu nak hadam sorang-sorang.. If ada yang pernah nampak aku dalam situasi tak berdaya, berair mata and aku willing to share my feeling and thought aku dengan korang..itu bererti, aku dah terima kehadiran korang sejujurnya dalam hidupku.. Tapi, rasanya..tak banyak yang dah nampak aku dalam situasi gitu.. Kan?? Aku tak taulah kenapa.. Tapi, hakikatnya..aku tak mampu nangis depan orang yang aku tak rapat. Mungkin, tanpa sedar itu merupakan salah satu way aku untuk defense diri aku kot?


Aku bukan jenis orang yang mudah prejudis dengan orang lain. Dan aku bukan type orang yang judge orang lain atas cakap or pembawaan mulut orang lain. I am simply me myself. Aku tak suka orang cuma bila orang tu pernah buat hati aku 'rasa sakit'. Aku takkan judge orang tanpa aku kenal sendiri orang tu macam mana. Sebabnya mudah = if aku tak kenal then aku judge seseorang tu berdasarkan cakap orang..aku ne kira zalimlah. Aku ingat lagi masa aku form 4..ustazku bagitau,menurut Islam..zalim tu bermaksud meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.. So, tanpa ada hak (bagiku = hak tu kita dapat bila dan kenal seseorang; dah kenal and rapat, bolehlah kita berkata sesuatu berdasarkan apa yang kita sendiri tahu dan alami..) zalimlah aku if aku percaya seseorang tu jahat just based on cakap orang.. Tapi, ada sesetengah orang..bila dengar orang cakap ‘si polan bin si polan tu jahat’ tanpa kenal orang tu pun,dia dengan slumbernya judge ‘si polan bin si polan’ tu jahat. Apa kejadahnya cara and pemikiran sebegitu? Tapi, yang sadisnya..ramai orang sekarang macam tu..


Aku tak mampu percaya lagi kat orang yang pernah mengkhianatiku. If dia minta maaf atas kekhilafannya, aku terima. Aku tak kata aku baik.. Tapi, aku taklah sejahat mana sampaikan takkan maafkan kesalahan orang yang sudi minta maaf kat aku. Apapun, even if aku dah maafkan pengkhianatan dan ketidakjujuran seseorang tu dalam menjalinkan ikatan denganku (tak kisahlah ikatan apapun..tapi, aku lebih tekankan tentang hubungan persahabatan kat sini) aku takkan pernah lagi percaya dengan orang tu seperti mana aku pernah mempercayainya satu ketika dulu. Sebabnya mudah; aku tak nak bagi peluang kat orang untuk menyakitiku untuk kali kedua. Cukup sekali!! Perhaps, some of my friend didn’t even notice this.. Aku tak tau aku patut cakap apa dengan dorang.. Tapi,aku cukup hairan dengan sesetengah ‘kawan’ yang cukup gemar menyakiti hati kawannya tapi tak sedar-sedar diri gak dengan perangai dorang yang cukup infuriating tu!! Korang fikir aku ne apa? Hari ne korang dok maki hamun aku tentang satu benda yang tak ada sangkut-paut langsung denganku, besok korang datang senyum and buat slumber tak ada dosa dengan aku?? Aku bukan apa..tapi aku sungguh tak faham dengan kesinisan perangai korang. Korang ingat, hati aku ne hati batu ka apa?? Senang tul korang kecaikan hatiku yang memang sah-sah selalu perlu digam dengan keterlanjuran yang korang cuba tutup dengan kata-kata ‘aku ne bestfriend korang’.. Korang sebut tu..korang layak ka?? (Maaf sebab aku agak beremosi kat perenggan ne.. Huhuhu)


Aku bersyukur kerana ada teman yang sudi berada di sebelahku. Tak perlu dihubungi selalu.. Dan mungkin cuma sekali sekala bertemu. Al-maklumlah..kitaorang semua ada komitmen berbeza. Namun tak mengapa, kerana kehadiran mereka sudah terbukti cukup bermakna.. Aku tak segan jalan sorang-sorang. Tapi, korang jadikan itu seumpama satu isu terkutuk lalu aku yang sensitive ne pun tiba-tiba berkematu. Memang aku kengkadang rasa kesunyian. Namun tak mati aku.. Aku tak kata begini untuk tutup kekuranganku. Sememangnya inilah aku. Takkan aku nak malu jadi aku,kan?? Aku tak mampu nak sekat apa pendapat orang kat aku. Tapi, sesekali-sekala aku perlu bersuara.. Masa ajar aku untuk melindungi hak dan keperibadianku. Untuk kawan-kawan yang gemar tikam kawan, maaf coz aku tak boleh join korang.. Biarlah aku turuti jalan dan kemahuanku..kalau itu yang ku rasakan terbaik buatku..


Kasih sayang tu pengertiannya abstrak. Terpulang dengan cara dan pemikiran seseorang individu untuk mendefinisikannya. Bagiku, aku perlukan kasih sayang untuk terus hidup dan bernafas di muka bumi ne.. Dalam erti kata lain, hubungan sesama manusia perlu berkembang. Aku minta maaf kat sesiapa yang terasa dengan aku. Aku minta maaf coz aku tak boleh puaskan hati semua orang. Aku betul-betul tak mampu. Dan aku sungguh-sunguh cuma nak jadi diri aku sendiri. Biarlah rapuh, namun itulah keinginanku. Aku nak sayang orang yang sayang aku. Aku nak ambil berat tentang orang-orang yang ambil berat tentangku. Biarpun aku tak rapat dengan seseorang..selagi dia baik denganku, aku akan cuba layan and sayang dia sebaik mungkin.. Aku minta maaf if aku still tak berikan yang terbaik.. Aku minta maaf sangat-sangat… Untuk kawan-kawan and insan yang selalu ada di sisi..aku serius cakap, aku memang sayang korang..


Sekarang, aku cuba hidup berdikari. Aku tak nak dipandang rendah.. Apa aku nak, aku nak dapat dengan hasil usaha aku sendiri. Yang penting, aku guna cara and jalan yang betul. Aku tak nak guna skill bodek. Skill ambil hak orang. Aku cuma nak miliki benda-benda yang aku layak ja.. Aku cukup terkesima. Aku rasa sakit sangat bila ingat cercaan dan makian orang yang pernah suatu ketika dulu jadi orang-orang yang bererti denganku.. Aku tak tahan. Aku tak sanggup terus dipandang mudah. Ye la, aku memang panas baran. Cuma, panas baranku jenis yang memendam. Aku tak suka kacau orang. Sebab aku sendiri tak suka orang kacau aku. Tapi, sesetengah orang tak perasan betapa aku banyak dah memendam panas hati aku kat diaorang. Aku senyum and buat bodoh je depan korang.. Apa-apapun, tu tak bermaksud aku rela and pasrah ja korang pijak kepalaku. Aku tension gila. Tapi aku tak mampu nak bagitau. Aku cuma mampu senyum ja..